Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Assalamu’alaikum sahabat sekalian,
Marilah kita sama-sama merafa’kan setinggi syukur dan kasih kita
kepada Ilahi Robbul Izzati atas segala ni’mat yang diberikan kepada kita terutama
2 ni’mat agung iaitu Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan
di bumi dan di langit,Sayyidina Muhammad S.A.W.
Saya Muhammad Hafiz Hafzam Bin Ahmad selaku YDP Jawatankuasa
Teman –Unit Islam dan Pembangunan Nilai(JT-UnIPeN) bagi sesi 2011/2012,
mewakili pimpinan JT-UnIPeN untuk mengucapkan ‘Selamat Meneruskan Sesi Pengajian
bagi sesi Februari 2011/2012’ ini kepada semua mahasiswa/i UMK.
Seperti sedia maklum, UMK telah terbahagi kepada 3 kampus iaitu
induk di Bachok, Jeli dan juga Pengkalan Chepa.Sehubungan dengan itu,organisasi
JT-UnIPeN juga telah pun beroperasi untuk ketiga-tiga kampus. Individu
yang akan memimpin JT-UnIPeN di Jeli adalah
Saudara Mohammad Aizat Bin Padir, NYDP Bachok,
Saudara Mohd Arif Bin Maktar dan NYDP Pengkalan Chepa Saudari Nurul Akma Binti Zulkifli.
Untuk maklumat lanjut tentang lajnah(exco) induk dan cawangan
JT-UnIPeN, silalah berkunjung ke www.jtunipen.blogspot.com
Saya memohon maaf atas segala
kekurangan di dalam blog tersebut kerana ianya masih dalam penambahbaikan.
Selain itu, JT Fan Club(JT-FC) merupakan suatu kelab yang
ditadbir di bawah NYDP setiap kampus.Kelab ini berfungsi untuk membantu segala gerak
kerja JT-UnIPeN dari semasa ke semasa. Disamping itu,kelab ini adalah satu wasilah(medan)
merapatkan hubungan antara mahasiswa/i Muslim dan bukan Muslim bagi mereka yang
ingin mengetahui tentang Islam. InsyaALLAH, pendaftaran keahlian akan dibuka tidak
lama lagi dan akan diberi beberapa keistimewaan. Oleh itu,marilah beramai-ramai
mendaftar sebagai ahli JT-FC.
Akhir kalam,saya menyeru diri saya dan sahabat sekalian untuk
terus memperbaharui niat kita berada di bumi ALLAH ini khususnya UMK agar
mencari keredhaan-NYA. Saya juga memohon kerjasama daripada mahasiswa/i UMK
dalam segala aktiviti @ program yang dijalankan JT-UnIPeN serta member kritikan
yang membina untuk kepentingan bersama.Kami akan cuba untuk memberi yang
terbaik kepada mahasiswa/i UMK, insyaALLAH. Wallahu’alam
Wabilahihidayahwattaufiq
Wassalamu’alaikum.
“Biar Islam
Jadi Sanjungan,Ilmu Jadi Penyuluh Kehidupan”
Yang menjalankan amanah,
HAFIZ
YDP JT-UnIPeN
Sesi 2011/2012.
No comments:
Post a Comment