Tuesday 14 August 2012

~ Iktibar di Penghujung Ramadhan ~


Berbuah Taqwa Atau Berlalu Begitu Sahaja?

Setiap yang datang pasti akan pergi,begitulah sunnah kejadian kehidupan ini takkan terlepas dari sifir ini,namun pada pentafsiran orang yang pelbagai bagaimana mereka memanfaatkan masa yang sedikit itu .Firman Allah s.w.t
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran”  (al-Asr: 1-3)

SYAWAL VS RAMADHAN
Tidak salah masyarakat kita bergembira dengan kehadiran syawal malah islam telah mengajar  beberapa panduan yang sewajarnya dalam menyambut kemeriahan aidilfitri seperti bertakbir, memakai baju baru, solat sunat aidilfitri, ziarah-menziarahi dan saling bermaafan. Indah panduan islam mengajar manusia menyambut satu kemeriahan.

Namun sepatutnya kita sedar satu perkara belum habis perlukah kita pergi pada yang lain? Perjuangan Ramadhan yang masih berbaki 10 hari lagi umat islam sudah leka pada persiapan yang berlebihan untuk syawal, lebih malang lagi ketika  awal ramadhan sudah ada jualan syawal dan lagu-lagu raya telah berbunyi di corong radio,langsung tidak sensitif dengan kemulian bulan ramadhan. Tidakkah kita sedar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مُبَارَكٌ.رَمَضَانُ كُمْ جَاءَ قَدْ شَهْرٌ
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan" H/R  Ahmad (9133)

Berpuasa di bulan Ramadhan juga merupakan perisai dari melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dari siksaan api neraka dan pembuka jalan untuk ke syurga.  Rasulullah s.w.t bersabda:
الْجَنَّةَ يُدَخِّلَهُ اَنْ اللهِ عَلَى حَقًّا كَانَ رَمَضَانَ وَصَامَ الصَّلاَةِ وَاَقَامَ وَبِرَسُوْلِهِ بِاللهِ آمَنَا مَنْ
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga" H/R Bukhari (3581)  



PERISTIWA NUZUL AL-QURAN DAN BADAR AL-KUBRO

Didalam Ramadhan Allah telah memuliakannya dengan beberapa peristiwa besar yang menjadi pengajaran kepada setiap kaum muslimin ,peristiwa penurunan al-quran atau juga disebut sebagai nuzul Al-quran kepada Rasulullah s.a.w pada 17 ramadhan walaupun ada beberapa ulama khilaf mengenai tarikh penurunanannya namun yang pastinya kita tidak ragu tentang turunnya pada ramadhan yang mulia ini.firman Allah s.w.t:
"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". 
Al-Baqarah, 2:185