Sunday 5 May 2013

renovate surau dan renovate hati=)

asalammualaikum w.b.t  dan salam kebahagiaan kepada semua yang melirikkan kasih sayang perjuangan untuk terus berada di UMK KAMPUS JELI ini terutamanya.
alhamdulillah!
kita masih diberi kekuatan untuk terus bersama sama dengan sahabat sahabat untuk menjalankan amanah kita sebagai seorang pelajar!

Sebelum terus terputiknya bunga tulisan 
 ,dari meja Lajnah Publisiti dan Penerangan 
kami memohon maaf kepada antum semua 
atas kelalaian kami 
maka saat ini 
baru dapat terus menulis dalam keyboard ukhwah kita 
walau mata tidak bertentang mata
namun harapnya
apa yang cuba disampaikan 
dari hati ke hati 
sampai ke dasar..





ya! sebelum meneruskan bait bait penulisan ..jom kita recheck balik diri kita.
kita ka pemuda pemudi yang sekarang ini waktu ini yang dikatakan sebagai "golongan yang akan memimpin pimpinan negara di masa hadapan??"
golongan seperti kita sentiasa di gembar gemburkan sebagai "role model"malah di angkat menjadi "jaguh "negara..
namun ,tanya pada diri..
"Adakah aku yang dimaksudkan???"
atau
"Da prepared ker aku??Da sedia kah aku menggalas tanggung jawab sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan???"

hah!
menjawab soalan itu..

sebelum menuju "masa hadapan"
maka lihatlah "masa sekarang"
iya!masa sekarang nie ,waktu ini saat ini..
bagaimana persediaan kita..

mungkin kita merasakan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin 
yang perlunya
seorang yang senantiasa berkeyakinan
seorang yang harusnya punyai sosok tubuh yang ok
seorang yang punya penampilan yang boleh membuatkan manusia sekeliling kagum
seorang yang harusnya perlu cekal dan punyai latarbelakang pendidika yang tinggi!
nah!maka dengan ciri ciri ini semua boleh menjadi pemimpin negara...

tapi benarkah ciri ciri ini yang kita
maksudkan??

cuba kita buat perbandingan....

umur kita sudah 21 tahun ke atas ya.maka apa sumbangan terbesar untuk diri kita ??
jika dibandingkan dengan Muhammad Al-Qassim yang membuka India saat umurnya 17 tahun..
jika dibandingkan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh menawan kota Kontanstinopel saat umurnya msih dalam belasan tahun..
jika dibandingkan dengan Salahuddin al-Ayubi sang pembebas Palestine yang menghiasi malam dengan airmata berlinangan bermunajat kepada ALLAH swt.

iya! LIHAT PADA DIRI KITA!
kita diulit dengan permainan kemajuan dunia teknologi!
sehingga menidakkan kehendak kehambaan diri untuk menghafal Quran
sehingga menyembunyikan hasrat hati untuk berjuang menghakis anasir anasir buruk dalam diri
sehingga kita masih buta untuk merasakan indahnya dan manisnya bila berpegang teguh dijalanNYA menjalankan kehidupan seharian seperti yang di syariatkanNYA.

kita semua mangsa!kita semua tertipu!kita semua tenggelam!
yang cukup sadisnya!
kita masih belum menemui matlamat sebenar kta berada di dunia ini

walau setelah sekian lamanya ,kita diingatkan dengan 

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU".
(Surah az-Zariyat .52;56).




so^^
adekah kita sedar tanggungjawab kita???
kita diciptakan sia sia??
kita diberi nikmat masa di dunia ini hanya untuk mengenal erti "keduniaan"sahaja kah??
atau kita ade misi yang perlu dilaksanakan sebagai seorang hamba...

fikir fikirkan
dan jum muhasabah diri=)

*******************************************************************
jom menggamit memori.




sahabat sahabat sekalian..
masih ingat kah lagi anda.
diawal sem kita berada di UMK KAMPUS JELI.
TAHUN 2012..AWAL FEBRUARI??
saat itu surau yang kita sedang guna masih dalam pembinaan 
setiap hari kita melihat sedikit demi sedikit proses pembikinannya
sungguh waktu itu
kita solat berjemaah 
ade yang di bilik aras bawah
ade jua yang di kabin
kita iftar pun dikabin
kita usrah kecil kecilan jua di situ
yang sungguh mengindahkan kenangan lagi
bila hujan turun ,kelihatan air hujan membasahi ruangan tempat solat=)
sungguh saat itu^^
satu kenangan yang terindah
.
dan alhamdulillah^^
awal september 2012
SURAU KITA SUDAH BOLEH DIGUNA^^.

so!
antum semua!!
beruntung kerna!
kita sudah ada surau yang lebih selesa berbanding sebelum ini.
so!
jom!
kita semua imarahkan surau kita!
walau diakhir sem!
itu bukan lagi alasan=)



muslimin yang duk meting sebelum surau siap sepenuhnya=)





usrah mega di kabin


sekian.itu sahaja buat saat ini.
semoga kita semua sentiaa berusaha untuk "celik"dengan apa yang kita lakukan setiap hari.

=)

"tanpa anak muda , dunia akan sesepi bintang di langit malam dan tanah kuburan".

Wednesday 6 March 2013

"lecture"---mungkin kah i pandang sebelah mata??


PANDANG SEBELAH MATA……

Assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan kepada semua jiwa yang berusaha untuk mencintai tulisan ini yang Ilhamnya dari ALLAH swt..
Sebelum jiwa ini mengukirkan terus bait bait perkongsian ini …ingin ku berkongsi satu madah…
“semoga dengan tulisan ini kita dipertemukan ALLAH di syurga ,dengan kasih sayangNYA ,dengan seluas luas rahmatNYA dan sebenar benar cintaNYA”.

PERNAH TAK BERTANYA PADA DIRI..

ADAKAH AKU KHIANAT DENGAN SEMUA AMANAH INI???

Iya.pandang saja pada waktu kuliahnya…

1.       “ini masa awal la bro…
Ishk3x. ’padahal waktu itu sudah jam 7:58 a.m..kuliahnya jam 8;00..maka sampai ke dewan kuliah 8:02..
“Ala bro…its just 2 minute la..tak yah la sangat nak berkira…lecturer pun kadang kadang lambatlah…. “.

2.       ‘SEND!”..ayat yang terpapar di skrin handphone jenama nokia saja….2 minit selepas itu..”brpp..brppp..brppp”suara getaran handphone yang menandakan “YES!I MESEJ !”…then..berlarutan hinggalah sehingga habis kuliah….alasan..
“bro..sorryla..i tak dengarlah ape lecturer  nak sampaikan..tak faham I”.

3.       1.00 a.m..masih kedengaran tekanan keypad laptop…2;00a.m masih lagi…3;00a.m ..saat ini mata sudah mulai tertutup ,mulut makin menguap,kepala mulai terhantuk…nescafe 3in 1 sudah mulai sejuk,,namun assingments BELUM SIAP SIAPL.

4.       “Dewan kuliah is the best time to drawing….’.getus jiwa ku sewaktu membelek nota lecturer yang setiap lembaran pasti ada sahaja gambar kartun yang aku lukis..:)

5.       Tak lengkap lukisan tanpa ayat ayat cinta..maka startlah..’utusan surat”

A : “wei ..aku ngantuk la bro”
B: “a’ah…I pun”
A: lepas nie aku g café..nak ikut tak?
B: ow right!.
(macam banyak lagi versi cerita sewaktu kuliah).

6.       30 minit awal : ak bule concentrate lagi

1 jam berlalu : mata aku da mulai nak merekah nie..menahan rasa ngantuk ,,,cepat2xlah lecture ini habis awal….menguap tak habis habis..pusing ke tepi..menguap ..pusing ke belakang menguap..tengok lantai menguap..apatah lagi pandang depan.

10 minit sebelum habis lecture : aik..hehe  da segar la pula aku:P


Demikianlah…..pengalaman yang dikutip serta jua mungkin di rasai oleh semua …^^

Kenapa ??kenapa???kenapa???ini yang berlaku??
Mungkin kita patut TANYA DIRI..
Aku datang lecture nie just untuk buat seperti kat atas tue ker???????

Erm..kemudian  Tanya diri balik..
“apa yang aku cari ke dewan kuliah nie??”

Then Tanya lagi
“aku sedar tak ape yang aku buat nie…agak agaknya…aku rasa tak “kagum”dengan ilmu yang aku tengah  belajar nie???

Bagi tahu diri
“ya ALLAH….bantulah aku mengingati MU..Ya ALLAH …”.



Mungkin kah kita patut merasakan bahawa
“aku nie just pandang sebelah mata jer kat ilmu”
Iya. Bila mana kita merasakan ilmu itu seakan akan tiada…just study for theory ,but not for practical then ,,we can called it as..”useless”.
“ilmu tanpa amal ,ibarat buah yang tak berbuah”
………………………………………………………………………….

Apakah hakikat memandang ilmu hanya sebelah mata??
Iya ,hakikat anda adalah seorang yang memandang ilmu sebelah mata
1.       Bila anda suka melewat lewatkan waktu ke kelas.tak ade rasa “excited”nak study. Datang just nak “SIGN”dan “TUNJUK MUKA”.
2.       Bila anda suka memerhatikan setiap gerak geri kawan kawan yang ada di sekeliling ,hatta yang terjatuh pensil ,jua suara tapak kaki di luar bilik kuliah…
3.       Bila anda mulai menerangkan cerita cerita asrama ,kehidupan dan perkara lucu sewaktu kuliah..bukan setakat 1 minit ..berminit  minit…
4.       Bila assingmnets hantar next week,buatnya malam sebelum due date…
5.       Bila dalam kuliah…”conversation”melalui  kertas kecil mulai bertandang.,….

Dan sebagainya…

Namun yang menyedihkan lagi…ada yang sempat  main game:(..
Yang rugi bukan lecturer..tapi diri sendiri..
Tak suruh ubah kelakuan tue ,tapi lihat lah pada awal nya..

“aku datang ke kuliah kerana……..”.

jika benar dan yakin nya kita datang atas kerna kita nak cari ilmu ,,then we can get
jika benar dan yakinya kita datang atas kerna kita sayang ilmu ,,then we can get
jia benar dan yakinnya kita datang kerna ALLAH…maka kita yakin!.

So..solusinya..
Jika sebelum ini anda datang lewat 2 minit ,,maka datanglah awal 2 minit sebelum kuliah bermula
Jika sebelum ini anda buat kerja 1.00am ,maka mulakan kerja anda 1.00pm
Jika sebelum ini anda melukis gambar kartun ,maka lakarkanlah peta minda nota
Jika sebelum ini anda menulis surat cinta ..maka mulailah mencatit apa yang ididengari..
Ianya mudah..namun kesannya kita akan rasai..:)
Cobalah! Sehari sahaja..pasti esoknya anda bergembira..saya mendoakan anda Berjaya.sebab saya tahu anda pasti ingin kan perubahan!

^^
Tulisan ini buat refleksi untuk dirikuJ


Lihat diri kita selalu di hadapan cermin. Tanya soalan ni :

"Adakah aku diciptakan ALLAH sehebat ini untuk tujuan yang sia-sia???"

Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan sia-sia begitu saja?“ (Al Qiyamah:36)

mungkin bila matlamat tak jelas ..niat tak tak tentu arah ,membuatkan kita sendiri yang rugi...




Aku di umk jeli .