Saturday 6 October 2012

A journey Into The Light

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagian kepada semua jiwa yang melirik jiwa membaca sepatah demi sepatah garisan huruf yang tersusun membentuk satu perkataan yang menjadi kefahaman serta menjadi satu medium untuk kita memahami antara satu sama lain!!

alhamdulillah  kepada ALLAH SWT dengan izinNYA....

its all about university's life style..

05 /10/2012 adalah tanggal yang begitu membahagiakan ,kerna izin ALLAH ,
JT-UniPeN Kampus Jeli UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN telah berjaya menjayakan program. ..

"A JOURNEY INTO THE LIGHT  ".



program ini di laksanakan khas untuk mahasiswa UMK yang lebih menjurus kepada kehidupan kita sebagai mahasiswa dan juga sekaligus sebagai hamba ALLAH di muka bumi KAMPUS JELI khusunya...

Salah satu perkongsian dari sahabat kepada sahabat..

"dalam kita melangkah mencari /membersihkan jiwa kita yang kotor  ,hati yang telah penat dek tamparan dosa yang menggegarkan keimanan ...teruskan langkah mu ,insyaALLAH .ALLAH sentiasa mengampuni dosa2x kita .yang kita perlukan adalah doa dan usaha ke arah kebaikan ,di saat kita ingin melakukan perubahan dari negative kepada positive pasti ada tohmahan serta bisikan syaitann yang sentiasa mematahkan semnangat kita untuk berubah!!

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 (surah Az zumar ayat 53 ).
   

tapi kuatkan hati mu wahai sahabat!!ingat ,kita hidup di dunia ini bukan untuk selamanya ,boleh jadi 5 minit dari sekarang ini Malaikat MAUT sedang menunggu kita ,mungkin esok ,mungkin lusa dan juga tulat ,,kita sendiri tidak pasti yang kita pasti adalah diri kita yang ingin melakukan perubahan yang lebih baik dari sebelum nya...


caranya ialah ..
1, sentiasa muhasabh diri dan memperbetulkan niat ..

contohnya ..: "YA ALLAH  ,apakah yang taelah aku lakukan hari ini ya ALLAH".

2. sentiasa berdoa agar ALLAH membuka jalan petunjuk dan hidayha kepada kita..
3. sentiasa berdamping dengan sahabat2x yang bilamana kita memandangnya ,kita ingin mencari ALLAH.
4.menghadirkan diri ke dalam majlis ilmu..


berjalan beriringan seindah ukhwah yang terbina:)

senyum sokmo^^.manisnya ukhwah:)

bincang jangan tak bincang:)


tak kira apa bangsa dan agama...^^ ukhwah terjalin:P

mabruk!^^akak akak final year

 mabruk kumpulan "merah jambu":)

 sebahagian ajk explorace.
 khusyuk benar adik adik ne:)
nampak gembira ya ^^

alhamdulillah..di waktu malam ,forum telah berjaya dilaksanakan..gambar kenangan insyaALLAH di updated^^.

spread it with love:)

Tuesday 14 August 2012

~ Iktibar di Penghujung Ramadhan ~


Berbuah Taqwa Atau Berlalu Begitu Sahaja?

Setiap yang datang pasti akan pergi,begitulah sunnah kejadian kehidupan ini takkan terlepas dari sifir ini,namun pada pentafsiran orang yang pelbagai bagaimana mereka memanfaatkan masa yang sedikit itu .Firman Allah s.w.t
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran”  (al-Asr: 1-3)

SYAWAL VS RAMADHAN
Tidak salah masyarakat kita bergembira dengan kehadiran syawal malah islam telah mengajar  beberapa panduan yang sewajarnya dalam menyambut kemeriahan aidilfitri seperti bertakbir, memakai baju baru, solat sunat aidilfitri, ziarah-menziarahi dan saling bermaafan. Indah panduan islam mengajar manusia menyambut satu kemeriahan.

Namun sepatutnya kita sedar satu perkara belum habis perlukah kita pergi pada yang lain? Perjuangan Ramadhan yang masih berbaki 10 hari lagi umat islam sudah leka pada persiapan yang berlebihan untuk syawal, lebih malang lagi ketika  awal ramadhan sudah ada jualan syawal dan lagu-lagu raya telah berbunyi di corong radio,langsung tidak sensitif dengan kemulian bulan ramadhan. Tidakkah kita sedar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مُبَارَكٌ.رَمَضَانُ كُمْ جَاءَ قَدْ شَهْرٌ
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan" H/R  Ahmad (9133)

Berpuasa di bulan Ramadhan juga merupakan perisai dari melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dari siksaan api neraka dan pembuka jalan untuk ke syurga.  Rasulullah s.w.t bersabda:
الْجَنَّةَ يُدَخِّلَهُ اَنْ اللهِ عَلَى حَقًّا كَانَ رَمَضَانَ وَصَامَ الصَّلاَةِ وَاَقَامَ وَبِرَسُوْلِهِ بِاللهِ آمَنَا مَنْ
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga" H/R Bukhari (3581)  



PERISTIWA NUZUL AL-QURAN DAN BADAR AL-KUBRO

Didalam Ramadhan Allah telah memuliakannya dengan beberapa peristiwa besar yang menjadi pengajaran kepada setiap kaum muslimin ,peristiwa penurunan al-quran atau juga disebut sebagai nuzul Al-quran kepada Rasulullah s.a.w pada 17 ramadhan walaupun ada beberapa ulama khilaf mengenai tarikh penurunanannya namun yang pastinya kita tidak ragu tentang turunnya pada ramadhan yang mulia ini.firman Allah s.w.t:
"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". 
Al-Baqarah, 2:185

Thursday 1 March 2012

SELAMAT MENEMPUH SEMESTER FEBRUARI 2012!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Assalamu’alaikum sahabat sekalian,

Marilah kita sama-sama merafa’kan setinggi syukur dan kasih kita kepada Ilahi Robbul Izzati atas segala ni’mat yang diberikan kepada kita terutama 2 ni’mat agung iaitu Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan di bumi dan di langit,Sayyidina Muhammad S.A.W.

Saya Muhammad Hafiz Hafzam Bin Ahmad selaku YDP Jawatankuasa Teman –Unit Islam dan Pembangunan Nilai(JT-UnIPeN) bagi sesi 2011/2012, mewakili pimpinan JT-UnIPeN untuk mengucapkan ‘Selamat Meneruskan Sesi Pengajian bagi sesi Februari 2011/2012’ ini kepada semua mahasiswa/i UMK.

Thursday 16 February 2012

Belajar Hidup Dari Sebuah Kematian


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  
(Al- Imran : 185)
Assalamualaikum...

Allah telah berfirman dalam surah Al-Imran, seperti ayat diatas. Maka kematian itu sememangnya suatu yang pasti bagi kita. Apabila tiba masanya nanti, tidak akan dilewatkan atau dilewatkan walau sesaat. Maha Suci Allah yang telah menetapkan cara kematian kita sesuai dengan cara hidup kita di muka bumi yang sementara ini.

Jadi, kembali kepada tajuk kali ini, pasti ramai tertanya bagaimana nak belajar hidup dari sebuah kematian?

Saya suka melemparkan sebuah persoalan bagi menjawab sebuah persoalan. Apa perasaan anda bila melihat atau mendengar berita kematian seseorang? Pernahkah kalian berkata pada diri, "Ya ALLAH bila giliran aku?". Allah Yang Maha Bijaksana menyembunyikan tarikh Malaikat Maut bakal datang menjemput kita kerana Dia ingin sekali kita sentiasa membuat persiapan yang cukup untuk bertemu dengan-Nya. Dia tidak mahu kita membuat persiapan 'last minute' seperti mana yang sering kita lakukan setiap kali peperiksaan menghampiri.

Dari sebuah kematian, kita dapat lihat bagaimana seseorang itu mati, dan kaitkan dengan cara hidupnya... Kemudian ambil itu sebagai iktibar dalam kehidupan.
Dari sebuah kematian, kita boleh lihat pelbagai ragam manusia yang menguruskan susuk tubuh kaku itu, ada yang tergopoh-gopoh, ada yang tiada belas kasihan dan pelbagai lagi sikap manusia untuk diambil iktibar
Dari sebuah kematian, kita menginsafi segala dosa-dosa silam... belajar memperbaiki kesilapan diri dan mendekatkan diri dengan Allah...
Dari sebuah kematian, kita sedar dunia itu hanya ladang untuk akhirat,di dunia kita berusaha bercucuk tanam buat menuai hasil tanaman di akhirat kelak. kita sedar hidup ini adalah sebuah perjalanan yang panjang tuk sampai ke destinasi (syurga atau neraka),dunia bagai sebuah pohon tuk kita berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Hebatnya belajar dari sebuah kematian. renungkan kata-kata ini :
 "celakalah mereka yang melihat kematian namun tidak mengambil iktibar darinya."

Nabi Muhammad S.A.W. seorang yang sentiasa mengingati mati. Dan ketahuilah dari sentiasa mengingati mati itu akan bertambah iman kita kepada Allah. Semoga kita semua mendapat Husnulkhotimah(Pengakhiran Yang Baik) di akhir kehidupan nanti. InsyaALLAH. Wallahu'alam~

Tuesday 14 February 2012

Valentine's Day : Antara Cinta Dan Dosa


Adakah mereka tahu dari mana asal usul sambutan perayaan ‘Valentines Day’ ini? Terdapat banyak pendapat tentang asal-usul Valentines Day. Salah satunya adalah seperti berikut.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. ...St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. 

Daripada cerita ini dapatlah disimpulkan bahawa sambutan perayaan Valentines Day tiada kaitannya langsung dengan Islam. Tambahan pula remaja kita hari ini menzahirkan rasa kasih dan cinta pada hari Valentine itu terhadap kekasih hati mereka yang masih belum tentu akan menjadi pasangan hidup mereka sebagai suami atau isteri. Bukankah perbuatan bercinta sebelum bernikah itu sudah terang dan jelas haram? Bagi mereka yang mempunyai akal yang sihat pasti dapat memahami mengapakah Allah melarang perbuatan tersebut. 

Sewaktu Ijab Kabul diucapkan, Allah telah menanamkan rasa kasih saying pada pasangan tersebut. Sedangkan ketika saat orang berpacaran yang memberikan rasa kasih sayang itu adalah syaitan. Tapi bukan menanamkan kasih sayang ,hanya membunga-bungai menjadikan yang buruk menjadi indah. Pernikahan menjadikan yang haram menjadi halal. Dengarlah peringatan yang telah Allah sampaikan pada kita. Jangan sampai kita tergelincir pada lumpur dosa dan penyesalan yang tiada berakhir.
Allah berfirman ertinya : Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(QS. Al- Israa: 32)