Tuesday 14 August 2012

~ Iktibar di Penghujung Ramadhan ~


Berbuah Taqwa Atau Berlalu Begitu Sahaja?

Setiap yang datang pasti akan pergi,begitulah sunnah kejadian kehidupan ini takkan terlepas dari sifir ini,namun pada pentafsiran orang yang pelbagai bagaimana mereka memanfaatkan masa yang sedikit itu .Firman Allah s.w.t
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran”  (al-Asr: 1-3)

SYAWAL VS RAMADHAN
Tidak salah masyarakat kita bergembira dengan kehadiran syawal malah islam telah mengajar  beberapa panduan yang sewajarnya dalam menyambut kemeriahan aidilfitri seperti bertakbir, memakai baju baru, solat sunat aidilfitri, ziarah-menziarahi dan saling bermaafan. Indah panduan islam mengajar manusia menyambut satu kemeriahan.

Namun sepatutnya kita sedar satu perkara belum habis perlukah kita pergi pada yang lain? Perjuangan Ramadhan yang masih berbaki 10 hari lagi umat islam sudah leka pada persiapan yang berlebihan untuk syawal, lebih malang lagi ketika  awal ramadhan sudah ada jualan syawal dan lagu-lagu raya telah berbunyi di corong radio,langsung tidak sensitif dengan kemulian bulan ramadhan. Tidakkah kita sedar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مُبَارَكٌ.رَمَضَانُ كُمْ جَاءَ قَدْ شَهْرٌ
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan" H/R  Ahmad (9133)

Berpuasa di bulan Ramadhan juga merupakan perisai dari melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dari siksaan api neraka dan pembuka jalan untuk ke syurga.  Rasulullah s.w.t bersabda:
الْجَنَّةَ يُدَخِّلَهُ اَنْ اللهِ عَلَى حَقًّا كَانَ رَمَضَانَ وَصَامَ الصَّلاَةِ وَاَقَامَ وَبِرَسُوْلِهِ بِاللهِ آمَنَا مَنْ
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga" H/R Bukhari (3581)  



PERISTIWA NUZUL AL-QURAN DAN BADAR AL-KUBRO

Didalam Ramadhan Allah telah memuliakannya dengan beberapa peristiwa besar yang menjadi pengajaran kepada setiap kaum muslimin ,peristiwa penurunan al-quran atau juga disebut sebagai nuzul Al-quran kepada Rasulullah s.a.w pada 17 ramadhan walaupun ada beberapa ulama khilaf mengenai tarikh penurunanannya namun yang pastinya kita tidak ragu tentang turunnya pada ramadhan yang mulia ini.firman Allah s.w.t:
"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". 
Al-Baqarah, 2:185

Sungguh beruntung orang yang dapat menghadirkan hati dan perasaan terhadap kemulian ramadhan. Banyak hikmah di sebalik kemuliaan bulan ini oleh itu di penghujungnya kita berharap dari Allah agar bebas dari azab neraka jahanam sepertimana hadis Rasulullah s.a.w:
 Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. (HR: Al-'Uqaili)
Telah sampai kita pada fasa yang ketiga, moga kita telah berjaya mendapat beberapa hikmah dari awal lagi,namun bagi mereka yang baru sedar masih belum terlambat untuk mereka muhasabah kembali kerana Allah telah mengurniakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan disebut sebagai malam Lailatul Qadr.Firman allah s.w.t:
"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran di malam Lailatul Qadar pada malam yang penuh berkat.  Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan (kepada manusia), pada malam (penuh berkat) itu ditetapkan (dijelaskan) semua perkara dari Kami.  Kerana sesungguhnya Kami sentiasa mengutus para rasul, sebagai rahmat Allah Tuhan engkau.  Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". 
Ad-Dukhan, 44:3-6.
 Bilakah malam itu? Sesetengah pendapat berkata pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, sama-samalah kita berusaha mencarinya.
Selain itu,peristiwa peperangan pertama umat islam di bulan ramadhan, pada 17 ramadhan, Perang badar al-kubro,dalam peristiwa tersebut Rasulullah bersama 313 orang sahabat pergi bertujuan menyekat kafilah Quraisy,namun telah bertukar kepada peperangan,setelah kafilah yang dipimpin Abu Sufian telah meminta bantuan dari musyrikin Quraisy.Sungguh rentetan sirah tersebut pasukan muslimin telah bertempur dalam keadaan berpuasa , alatan peperangan yang kurang dan berhadapan dengan tiga kali ganda jumlah pasukan muslimin. Namun benarlah, bantuan Allah ada bersama orang-orang yang beriman.Pasukan muslimin menang. Ajaibnya apabila Allah berada dalam hati-hati orang yang beriman, pelbagai pengajaran dapat kita ambil dari peristiwa ini.

MUSLIM ROHINGYA
Namun kini kita juga turut berdukacita terhadap musibah yang menimpa saudara semuslim kita seperti di Palestin, Mindanao ,Patani dan terbaru di Rohingya,Burma. Kerana aqidah mereka pada Allah mereka telah dizalimi dengan kezaliman yang memilukan, lebih mendukacitakan Negara-negara kaya umat islam langsung tidak mengambil berat tentang masalah mereka,tidakkah mereka sedar firman Allah:
Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : 10)
Justeru disamping kita bergembira dalam suasana aman dan damai dalam beribadah, sokongan dan solidariti kita terhadap saudara seagama yang tertindas, moga usaha kita yang kecil Allah yang membalasnya.Maka dapat kita juga mengambil ikhtibar di penghujung Ramadhan, moga ia berbuah taqwa jangan dibiar ia berlalu sahaja.

No comments:

Post a Comment